Laman ini merupakan laman yang memaparkan tentang keunikan dan keindahan Kolam Air Panas La atau lebih dikenali dengan nama 'famousnya' iaitu La Hot Spring yang terletak di Besut, Terengganu. La Hot Spring merupakan salah satu tempat rekreasi yang paling sesuai untuk seisi keluarga bersantai dan bersuka ria. Jom ke La Hot Spring, Besut. Meh pakat gi ramai-ramai. |
Sejarah LA Hot Spring, Besut
HARI INIPenulis
Nor Farahiah Rosli 21 Januari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (IT), Universiti Utara Malaysia. |
Keadaan mula berubah apabila pembukaan tanah rancangan persekutuan atau FELDA iaitu di Felda Tenang, ia memudahkan orang ramai untuk berkunjung dan sampai ke sini. Dari hari ke hari kemudahan jalan masuk serta kemudahan asas di sini telah ditingkatkan dan dibangunkan secara berperingkat.
Meh pakat ramai-ramai gi Kolam Air Panas LA |
Mata air panas Kampung La atau lebih dikenali sebagai LA Hot Spring di Besut, Terengganu telah ditemui oleh Penghulu Ibrahim bin Haji Mat ketika memburu pada zaman pemerintahan British. Dengan keadaan pada masa itu di tengah hutan belantara, maka tiada sesiapa yang mengunjunginya.
|