Keunikan di La Hot Spring
1. Dapat merawat pelbagai penyakit
Di La Hot Spring, pengunjung dapat menikmati kesejukan dan kepanasan air semulajadi yang terdapat di situ. Apa yang famous di sana ialah kolam air panas yang dipercayai dapat merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Air panas yang keluar daripada sumber mata air di sana mempunyai darjah kepanasan yang berbeza iaitu di antara 50' Celcius hingga 70' Celcius. |
2. Airnya dapat diminum
Ia dikatakan mampu merawat penyakit saraf seperti strok serta angin ahmar, penyakit lumpuh, darah tinggi, penyakit jantung serta penyakit yang berkaitan dengan kulit. Kandungan air panas yang mengandungi sulfur boleh diminum dan dikatakan baik untuk membuang toksin di dalam badan kita. 4. Dijadikan tempat berkelah dan mandi-manda
Kawasan rekreasi La Hot Spring ini sesuai dijadikan sebagai tempat perkelahan di mana kawasannya kurang berbatu dan lapang. Di sini terdapat satu anak sungai yang mengalir dari kemuncak Gunung Tebu dan anda boleh mandi-manda di sungai tersebut kerana airnya tidak terlalu dalam. |
3. Dapat mandi air sejuk dari lata kolam
Jika anda merasa bosan untuk mandi air panas, anda boleh mandi air sejuk dari jeram air terjun itu di mana jarak lokasi air terjun tersebut dari kolam air panas ini lebih kurang 200 meter sahaja di mana terdapat laluan khas yang di sediakan untuk ke sana di mana jeram air terjun ini dinamakan lata kolam. 5. Kolam buatan yang menyalurkan air panas
Kolam ini biasanya digunakan oleh kanak-kanak kerana kolamnya tidak terlalu dalam dan tidak terlalu panas dan dijadikan sebagai tempat mandi-manda kanak-kanak yang menarik! |